Lokasi: R&R Perasing
Tarikh: 22 Julai 2015, Rabu.
Sekali lagi, oya menjadi perhatian di taman permainan. Siap menjadi bahan ejekan. Melihat kepada sang pengejek, hati menjadi panas. Jemariku yang mulus sudah siap digenggam, teringat kembali bunga2 Seni Silat Gayung Patani yang dipelajari di sekolah dulu.
Aku simpan balik penumbok aku (bajet kuat la).
5 orang budak. Sorang tuh takde la budak mana. Dah boleh kawin dah pun walaupun PT3 hancus. Hmmm apa aku nak buat neh.
Tarik nafas lu. Papehal jangan belasah anak orang zatul oiii...
Aku pun bersuara dengan suara yang penuh irama keibuan.
"First tengok budok lagu neh ko?"
Diam. Takde reaksi.
"Haaaaa...neh la anok istimewa, anok special. Kerajaan goyak anok OKU. Orang takdok perasaan kata anok cacat. Ke guane?"
Diam lagi.
"Tapi dik (wahhh perasan muda aku di situ), guane2 pung, anok lagu neh, kalu jadi gapo2 pung, mereka direct masuk syurga."
Ada mata terbeliak.
"Buleh ko.kita mengata orang lain, lagi2 ahli syurga?. Best dik main dengan ahli syurga neh. Dia mano tahu nok.khianat ke.orang..yang dia tahu, gelak2, happy. Maghi la main skali".
Yang sudah beranjak remaja berlalu pergi. Lantak kaula nak.mengadu ke hapa.
Tapi anak2 yang belum akil baligh, kekal.di situ. Mula2 hanya meninjau2 aktiviti oya. Lama kelamaan, mereka bermain sekali.
Ada senyuman yang terukir.
#kenaliCPsayangikami #duniaoya
No comments:
Post a Comment