Sunday, October 27, 2013

A Taste of Indo-China III

haaaa....yeayyyy...boleh balik dah katanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...........

Okay. Pagi2 sempat lagi pegi kedai Rohani Collection kau. mana taknya, sebelah hotel je.
sebenarnya sebab kedai neh je yang kami jumpa jual kain cotton 4m bidang 45.

ok. enough with shopping2.

on the way balik, dalam cab vitasun yang bersih tuh, i tried to absorb the pemandangan la kan.
1 thing that i've been noticing since i set foot in HCM.
Generally, the city is clean. No obvious sampah sarap.
pembersih jugak depa neh ye,.
huh...

ko tengok one of the parks yang ada di sekitar HCM.
tempat orang melepak2 hujung minggu. dating kot..
tapi dari jauh memang nampak bersih.
so, is it mentaliti? apa yang depa ajar kat sekolah? interesting.



Lah..aku dok harping Vitasun..rupanya nama cab depa Vinasun..hahahahahahha
ada je cab lain tapi cab neh recommended lagi,.
Haji Karim ada cerita history cab2 kat HCM neh tapi malas nak repeat :P
So, sila lah naik taxi bermeter neh dengan konfiden ye.


Aku ada nampak outlet Adidas somewhere along the way.
Tapi laki den cakap mahal drpd Malaysia regenye.
so tak rugi la kot tak pegi pun.

Kedai neh plak, biasa je.
tapi bila tengok menu dekat2, siap tulis kau "Ice Kachang".
Jangan lupa, kat sini kan ada Melayu Champa.
either that or again they ol memang familiar dengan bahasa melayu.


Neh airport HCM.
Sekali pandang macam airport KK pun ada..


Airport nye takde surau. ke aku yang x jumpa?

so overall, i enjoyed my 3D2N trip to Ho Chi Minh.
aku nak pegi lagi tapi dengan syarat either:
1. Beli barang untuk dijual OR
2. Jalan2 jauh2 sikit like Mekong. Tunnel tuh aku x minat sgt. x muat...hahahha

Jangan lupa bawak botol air - untuk ke bilik air. 
most toilet takde paip air ..


Antara hasil rampasan yang ada kat HCM:-



Cantik kan greeting card tuh?


Ko nampak? duduk sederet dalam flight ..beg sammaaaaaaa je..hahahah


Antara kedai2 yang kami pegi:-
Sila baca description kat beg plastik depa..dan jangan gelak tau..






so, sapa lagi nak pegi?
jangan lupa ajak aku :P..

(tapi kalau ko tak bawak makanan macam Tini & Put aku taknak ikut..hehehehe)

Sekian. Entry last untuk trip ke HCM.

NOTE: Geng2 mak2 dara SMSS94 - nak ke mana pasneh?
Bandung jom.heheheheh

A Taste of Indo-China II

Did is share what we had in Serai on our first night?
oh well, i had Fried Rice in Coconut..
but i couldn't even eat the coconut flesh nor did the rice taste coconuty at all.
The fried rice was nice yeah but..no coconut la weyy machaaaa...
Tini has Tomyam fried rice minus the tomyam taste (how on earth whould they call it Tomyam fried rice if daun limau at all? helllooowwwwww)
Put has Pho. Traditional local food in Vietnam.
I guess it's also the national food kot..
ala..macam Tomyam for Thai, Bakso for Indon, Telur-ada-anak-ayam for phillipines and nasi-lemak-what-nots for Malaysia.

ko nampak sesuatu yang bentuk love tuh? tuh bingka ubi. not bad tapi kuih-muih biasa je la.
yang jeli2 tuh plak jeli kelapa. again, bersepah kat Malaysia.
Spesel nye? Jeli kelapa tuh la. sebab dia ambik guna tangan je kau!
dan aku dah makan 2 biji...b4353243212122234345645%#$^^%%$%&^ betul la!


Credit to Putriati : Pho, Coconut Fried Rice & Tomyam Fried Rice in SERAI
Okay. The morning of 2nd day.
We started the day by having breakfast at the 10th floor of Thien Xuan hotel.
The top floor la kan.
ada balcony and these are the view:-

Nampak apa pun tak tau la

Yang Central2 neh hotel kot?
haaaaaaa..this one baru meaningful...hahahahahha.
ko nampak bangunan 1 tingkat penyek atap buruk tuh?
tuh la Ben tHanh market. tp bahagian wet la.
yang atap segitiga immeadiately sebelah tuh baru the dry section.


Yang neh plak location of Taka Plaza, Hong Anh, Kedai beg.
belakang2 tuh Saigon Square, Maybank, etc.

Since during breakfast, ada pakcik siam-keje-kat-Malaysia bagitau Russian market is a place to go, so we decided nak pegi la.
Naik cab Vitasun. Rege dalam 30k-40k DONG. ahkak x hengat la uolsss...
so equivalent to 6-8 hengget la satu kereta.
memang tak mahal sebab xla jauh sangat.

Bangunan apa ntah tuh.
korang tau?
tapi Russian Market neh opposite sungai Saigon.err..ye ke?
ce ko cek..kuakuakua..


neh la Russian Market.
dah kenapa? ko hengat macam Ben Thanh ke?
Russian Market

takde maknanya..dalam dia macam ...hmmm...supermarket apa yang 2 tingkat dan penuh dengan baju2, ada kasut sikit, beg sikit...
pakcik siam tuh kata, ada satu kedai, jual beg ORI tp murah.
bila kami tanya, mana dapat? dia selamba kata, CURI.
hahahahha..ntahla labu. ahkak pun tak tau betul ke tak
yang pasti, kami pegi jugak kedai tuh. Orang kata nak tau ori ke tak, tgk zip. kalau handle zip tuh dari YKK, then ori la.
suka ati la...

Taka Plaza
Haaaa...lepas tuh kami direct ke Taka Plaza plak..
 Kedai beg gojes kami pun sebelah Taka je. Banyak gila beg. Tak hengat nama dia tapi mmg beg saja. Harga beg pun murah untuk beg yang cantik. Locally made, suede lagi, minus the brand2 yang memang ahkak tak mampu nak beli poooonnn..

 Kaedahnya Taka Plaza sama mcm Russian Market.
Cuma sini lebih banyak barang spt gelang2, rantai2, jam2, acce handphone, mainan KAYU (yang Tini & Put bargain kaw2 smpi 200KVDN. Hambek kau,...1USD pun depa takmo kasi..
aku plak dok sibuk tengok baju kat kedai baju kat situ...budak neh lagi fluent cakap melayu kau..
siap tolong aku top-up kredit lagi.
rupanya dia pun dah biasa ke Malaysia. Adik dia dilahirkan kat Malaysia siap ha.
Then,either Put or Tini beli Jubah kat situ. hmm...ke dua2? 
yang penting, adik tuh siap tunjuk lagi kat mana Maybank. Belakang Saigon Square je...
at least dia sanggup bawak kami jalan about 100m untuk tunjuk jalan je...okay la tuh...

Pastuh, kami singgah butik fave Tini, Butik Hong Anh.
Nama je butik tapi rege lebih kurang je dengan kedai2 lain. so mmg best lah.
tapi aku perasan dia ada jual barang2 guna kain cotton putih. and as usual, mmg pricey la.
again, design nye either you like or not je la. otherwise rege ke, kain ke, sama je.

Kedai seterusnya, lain cerita.
Kedai Duc Thinh silk store. kedai neh walaupun ada jual kain cotton, chiffon bagai (kami masuk pun sebab nampak baju kurung chiffon selling at RM50 kau), dia specialise in silk.
macam2 silk ada.
ada satu tu, ya ampunnnnnn..lembut gilak!!!

stop meroyan zatul oii....tak mampu ko nak..dahlah ko tuh x pandai jaga baju..okay.aku diam.

Ben Thanh Market
Okay. Kami meneruskan perjalanan ke Ben Thanh market yang Tini agak tak berkenan.
hehehe...sebab ? bila bahagian yang bukan BTT (non-fixed-price area), depa bulih main tarik2 cuit2 ko lagi,
"akak, sini murah", "akak, beli sini", "akak, cantik2"..takde plak yang kata "akak, meh saya bagi free".
aku wat bodo je la. lagipun aku dah bengang tgk rege baju oya. sebab aku beli kat Pasar malam the night before mahal daripiada pasar! viva betul la...
lenkali beli kat pasar sudah..

so, aku ada misi kat pasar neh. aku masuk bahagian kain nak tgk kedai yang fofular kat forum tempatan.
takdela murah punnnnnn.....murah lagi kat kedai haaaaaaaaaaaa
choyyyy..tapi at least aku dah tgk sendiri...so seeing is believing.
Tapi kat pasar neh macam2 ko boleh tengok dan beli.
dan memang dipenuhi dengan orang malaysia ko hengat ko ada dalam Pasar Payang hokkkaayyyy...

Kedai Haji Karim

Lepas makan, kami terjah lagi kedai kain Hajah Basiroh & Haji Karim untuk beli barang yang  dikirim..ehem...dijual...
Masuk2 kedai Haji Karim, hambek ko, hujan lebat.
sempat lagi kami jadi fashion advisor to a Malaysian Chinese lady nak beli baju kurung.
Berborak dengan other Malaysians bagai nak rak padahal kalau kat Malaysia, belum tentu bertegur sapa kalau jumpa kat bus stop pun,.,,,

Vietnam Coffee
sebab lama sangat tunggu, Haji Karim siap order kan air dari cafe kat atas lagi...Coffee Anh nama kedai tuh..
ke Anh neh bahasa vietnam untuk kedai?
aku dah gugel dan aku konpius....hehehhehe
terima kasih abang-yang-dah-setahun-duduk-HCM -tapi-tak-pernah-round2.
Dia belanja okaayyy....mau 6 hengget gak kot...ye ke? lupa laaa

oh ye...on your way to HCM, be nice to the people you gonna meet
sebab confirm ko akan terserempak dengan dorang masa ko round2 HCM or masa ko nak balik
macam kitaorang, 150juta kali kot jumpa orang yang sama..
termasuk satu kakak dan adik dia yang hensem. Jumpa kat kedai Hajah Basiroh je.
pastuh, kalau kami neh bukan mak2 orang, mau aku kata antara kami neh ada jodoh kot ngan mamat tuh,...
huahuahua..
pastuh balik pun flight yang sama tau!!!

haih..kecik nye dunia..

so, day 2 ends here. 
nanti aku sambung meroyan kat last entry pasal HCM trip neh.



Wednesday, October 23, 2013

A Taste of Indo-China I

Well, the taste is all about Vietnam, specifically Ho Chi Minh.

Oct 18th 2013
The early morning flight to HCM was on time. A very good news for Air Asia flights nowadays. kau, begitu teruk reputasi AA kan...
7 AM flight Malaysian Time + 2 hours journey = 8AM arrival at HCM. 1 hour difference since HCM is on GMT7+ compared to GMT+8 for Malaysia.
So basically, kalau kat HCM pukul 8 pagi, kat Malaysia actually dah 9 pagi. faham?
Kat airport, kari ayam dalam tin kami kena rampas..hukhukhuk..sedeyyy...nasibla serunding, roti, sambal semua ada...

Tu diaaa....muka kami.
comel jugak muka pagi kami kan..hahahah
So, sampai2 harusla naik cari cab kan?
sambil2 Tini mencari cab, i managed to check the exchange rate kat sana.
halamak....rugi woooo tukar kat Malaysia. Tukar kat airport HCM cukup.sanggup akak tukar USD100 ku ke DONG youuuuuu....(wait until the best part pasal currency neh.)
Cab punya fare dalam USD15 for 3 pax. hmmmmm....rasanya mahal neh. tapi takpela..

busynye jalan kat HCM neh

then, naikla cab ke hotel kami Thien Xuan Hotel. Kata Tini, hotel neh dalam RM150/night/room of 1 single bed+deluxe queen bed. Superior room neh mmg sesuai untuk 3 pax la.
Acceptable la tuh. cuma jangan harap ada window sebab bilik kami takde window kaedahnya..
akak jugak panjat toilet nak tengok dunia luar kat tingkap kechik tuh haaa..
and oh, coffee set takde. flask tuh kena refill kat Lobby hokkkaaayyyyyy...
dengar2 setiap hotel kat HCM neh ada bathtub.

sementara menunggu bilik available, kami pilah jalan2 dulu. Dah nampak pasar Ben Thanh tapi kami menonong jalan ikut kaki. pusing punya pusing sampai kat jalan yang ada kedai Hajah Basiroh, Saigon Pink2, Hai Long Hotel 2, kedai 1m, etc etc. sebelah pasar jugak....

kedai makan 1 Malaysia



Nehla hotel yang glamer tuh.
Kat area neh memang ramai orang Malaysia/Indo/Brunei.
sebab tuh rata2 penjual kat sini, tak banyak, sikit boleh cakap melayu.
Macam kat Pasar Ben Thanh, ada aunty jual kopi.
bila tanya kopi Trung Nguyen 3 in 1 - how much?
dia jawab "lapan ringgit".
haaaaaa.....


Neh lagi satu nama yang agak bersepah dalam forum2 tempatan.
Neh gambar kedai makan dia opposite kedai kain dia jugak.


Nehla interior kedai Hajah Basiroh.
Tak Meroyan ko tengok baju2, kain2, ...semualah..
budak pompuan yang jaga kedai tuh pun pandai cakap melayu.
quote rege pun dalam hengget malaysia je.
so, kesimpulannya? sila la bawak dan bayar dengan RM.
sebab kalau kau bayar dengan DONG, dia akan bulatkan je. so kita maybe rugi RM3-4 ringgit.
nehla part yang best pasal currency..hahahahha
kalau kat kedai2 kain, semua quote RM. so buat apa ko tukar duit berjuta2 DONG ber USD bagai?
oh..maybe perlula kot sikit..untuk makan (DONG), shopping kat Russian Market (USD+DONG), peniaga kecil (DONG).


Neh kopi tepi jalan je.
Kata Haji Karim (alaaa..tokey kedai baju tuh), dia kata ambik yang kotak merah dan pakai kopiah.

err...kami dah minum yang jual dengan kotak kuning...waaaaaaa.
acaner tuh?
takpela..insyaallah, halal.
Kopi ais yang amat sedap neh rege dia 20,000VND.
wah...macam beli keheta plak..
dalam RM? alaaa...RM3.60 je...


so lepas tapau nasi kat kedai Hajah Basiroh (lauk ikan goreng, sayur, nasi - 60,000VND = RM10!!!), kami naik bilik hotel. nak makan dengan sambal kering yang Tini bawak...
thanks Tini. sedap sambal tuh. rasa nak order 10kg/...heheheh


Lepas makan memang lepak la atas katil yang gebu tuh kan.
waktu solat plak mmg lain sangat.
Zohor kol 11 pagi waktu vietnam dah masuk dah.
Asar jam 3 petang.

So, lepas semua2 tuh, kami turunlah jalan2.
ingatkan pasar malam start awal. katanya lepas maghrib.
rupanya waktu maghrib Malaysia.
adoiiyaaiiiii
Nasibla Haji Karim kedai kain tuh bagi tau.

Ben Thanh market at night

so, untuk tidak membuang masa, kami pun pegi la makan kat Serai.
hargaboleh tahan la..tapi kat sini boleh makan Pho halal.
apa tuh? gugel la..
lagipun, Put belanja makan sempena birthday aku dan anniversary Tini.
wah! akak birthday dinner kat obersi kau...
ahhahahah...
owner SERAI HCM

so overall, hari pertama dah shopping la. best gak sampai awal2 neh.
apa yang bole beli?
Kain cotton, baju kurung pahang kain cotton, satin-cotton, viscose cotton, telekung lycra, baju2 moden, baju kanak2, macam2 lagi.
tinggal harga apa ko dapat, apa yang ko tawar.

contohnya, kat Pasar Malam, baju kurung murah RM5 dari dalam kedai.
tapi tengok jugakla design dan kualiti sulaman, beads bagai.

secara general, akak lagi suka corak sulaman dan beads kat kedai Hajah Basiroh dr Kedai Haji Karim dan Rohani atau even kat butik Hong Anh.
tapi kat kedai Rohani banyak saiz available dan kain ela cotton 4m bidang 45.
Kat kedai Haji Karim plak cuma ada kain cotton 3.5m bidang 60.

memang trip neh akak tak sempat le nak ke tunnel, mekong bagai.
mmg nak riki2 HCM je kaedahnya.
insyaallah, nak berniaga sikit2.

oklah,....day 2 sambung nanti ye.
akak dah ngantuk haaaa.....



Friday, October 4, 2013

Kenali CP. Sayangi Kami.

hari ini Oya tak mau ke sekolah lagi seperti biasa di SCASFT, PJ.
bila ditanya kenapa, dia hanya menggeleng.

tapi dalam masa yang sama setiap pagi Oya merenung ke arah SKKL yang hanya bersebelahan dgn rumah.

Bila melihat kanak2 lain berbaris setiap pagi dengan kawan2, berbaju sekolah, aku tahu dia amat teringin. Hampir setiap pagi juga Oya akan berkata " nak ikut".

Teringin untuk berjalan ke sekolah. atau mungkin jugak sambil dipimpin oleh abangnya.

Hati ibu mana yang tidak terguris melihat situasi ini hampir setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

Bayangkan permulaan hari kami dengan nada sedih, tapi kami masih harus menjadi produktif?

Berilah peluang anak2 CP ke sekolah.
Kenali CP. Sayangi Kami.

ps Tuhan tolong lembutkan hati dia.



Tuesday, October 1, 2013

Tragedi Oktober betul la

Everything, everyone in ma house was early today.
Cepat bangun, cepat siap, cepat keluar.
by 7am, i was already memusing2 steering wheel untuk menghantar Oya ke PJ- Scasft
And i was thinking "hey, this is early. let'd do Federal Highway . Forget NPE today". of course la mak berfikir dalam bahasa melayu kan. ini propa je.
10 minit jugak la tunggu depan Kurnia building tuh.Not bad.
And it was my turn to jalan and bila sampai traffic light, Polis Trafik angkat tangan sambil tiup wisel suruh berhenti.

"dem, aku lambat sikit je".

ok, fine. sambil tersengih2 kat Polis tuh aku pun berhenti.
tiba2.."daaammmm"..Omaigod..omaigod omaigod..

ok. bukan ahkak yang kena langgar. kereta belakang.
tapi kenapa bole kena langgar? adakah kereta itu emergency brek?
adakah motor itu terbabas?
adakah aku penyebab semua itu memandangkan aku kat depan?

tak kot. sebab Polis tuh tak approach aku pun. 
dan aku berhenti sebab dia suruh.

good luck kepada owner kereta dan motor itu. pandai2lah setelkan.tamo gaduh2.

As for me, let's just do NPE. takde jodoh dengan Federal Highway kot.sheeerrrraaammmmnye...


oh by the way, baru-baru ini ada isu berkenaan nak melayukan etnik2 di Sabah.

Helooooowwwwwwwww.....Islam tetap Islam tak kira apa bangsa kot.
Abis tuh, orang Swaziland ko tak nak melayukan pulak?

Ko cukup jaga sensitiviti dengan bangsa lain, tapi dengan etnik2 kat Sabah Sarawak ko tak nak jaga sensitiviti pulak?

Ko jangan suruh aku keluar dari Malaysia kalau tak suka.
This is my country and we will all fight for what's right.
Lagipun tak bestla kalau semua sehaluan. takde drama ..i love drama!

Tapi appehal pun, aku tetap anak Dusun. and oh anak Bajau as well. or was it Ubian?
tapi yang pasti, aku anak Sabah.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...