Wednesday, October 23, 2013

A Taste of Indo-China I

Well, the taste is all about Vietnam, specifically Ho Chi Minh.

Oct 18th 2013
The early morning flight to HCM was on time. A very good news for Air Asia flights nowadays. kau, begitu teruk reputasi AA kan...
7 AM flight Malaysian Time + 2 hours journey = 8AM arrival at HCM. 1 hour difference since HCM is on GMT7+ compared to GMT+8 for Malaysia.
So basically, kalau kat HCM pukul 8 pagi, kat Malaysia actually dah 9 pagi. faham?
Kat airport, kari ayam dalam tin kami kena rampas..hukhukhuk..sedeyyy...nasibla serunding, roti, sambal semua ada...

Tu diaaa....muka kami.
comel jugak muka pagi kami kan..hahahah
So, sampai2 harusla naik cari cab kan?
sambil2 Tini mencari cab, i managed to check the exchange rate kat sana.
halamak....rugi woooo tukar kat Malaysia. Tukar kat airport HCM cukup.sanggup akak tukar USD100 ku ke DONG youuuuuu....(wait until the best part pasal currency neh.)
Cab punya fare dalam USD15 for 3 pax. hmmmmm....rasanya mahal neh. tapi takpela..

busynye jalan kat HCM neh

then, naikla cab ke hotel kami Thien Xuan Hotel. Kata Tini, hotel neh dalam RM150/night/room of 1 single bed+deluxe queen bed. Superior room neh mmg sesuai untuk 3 pax la.
Acceptable la tuh. cuma jangan harap ada window sebab bilik kami takde window kaedahnya..
akak jugak panjat toilet nak tengok dunia luar kat tingkap kechik tuh haaa..
and oh, coffee set takde. flask tuh kena refill kat Lobby hokkkaaayyyyyy...
dengar2 setiap hotel kat HCM neh ada bathtub.

sementara menunggu bilik available, kami pilah jalan2 dulu. Dah nampak pasar Ben Thanh tapi kami menonong jalan ikut kaki. pusing punya pusing sampai kat jalan yang ada kedai Hajah Basiroh, Saigon Pink2, Hai Long Hotel 2, kedai 1m, etc etc. sebelah pasar jugak....

kedai makan 1 Malaysia



Nehla hotel yang glamer tuh.
Kat area neh memang ramai orang Malaysia/Indo/Brunei.
sebab tuh rata2 penjual kat sini, tak banyak, sikit boleh cakap melayu.
Macam kat Pasar Ben Thanh, ada aunty jual kopi.
bila tanya kopi Trung Nguyen 3 in 1 - how much?
dia jawab "lapan ringgit".
haaaaaa.....


Neh lagi satu nama yang agak bersepah dalam forum2 tempatan.
Neh gambar kedai makan dia opposite kedai kain dia jugak.


Nehla interior kedai Hajah Basiroh.
Tak Meroyan ko tengok baju2, kain2, ...semualah..
budak pompuan yang jaga kedai tuh pun pandai cakap melayu.
quote rege pun dalam hengget malaysia je.
so, kesimpulannya? sila la bawak dan bayar dengan RM.
sebab kalau kau bayar dengan DONG, dia akan bulatkan je. so kita maybe rugi RM3-4 ringgit.
nehla part yang best pasal currency..hahahahha
kalau kat kedai2 kain, semua quote RM. so buat apa ko tukar duit berjuta2 DONG ber USD bagai?
oh..maybe perlula kot sikit..untuk makan (DONG), shopping kat Russian Market (USD+DONG), peniaga kecil (DONG).


Neh kopi tepi jalan je.
Kata Haji Karim (alaaa..tokey kedai baju tuh), dia kata ambik yang kotak merah dan pakai kopiah.

err...kami dah minum yang jual dengan kotak kuning...waaaaaaa.
acaner tuh?
takpela..insyaallah, halal.
Kopi ais yang amat sedap neh rege dia 20,000VND.
wah...macam beli keheta plak..
dalam RM? alaaa...RM3.60 je...


so lepas tapau nasi kat kedai Hajah Basiroh (lauk ikan goreng, sayur, nasi - 60,000VND = RM10!!!), kami naik bilik hotel. nak makan dengan sambal kering yang Tini bawak...
thanks Tini. sedap sambal tuh. rasa nak order 10kg/...heheheh


Lepas makan memang lepak la atas katil yang gebu tuh kan.
waktu solat plak mmg lain sangat.
Zohor kol 11 pagi waktu vietnam dah masuk dah.
Asar jam 3 petang.

So, lepas semua2 tuh, kami turunlah jalan2.
ingatkan pasar malam start awal. katanya lepas maghrib.
rupanya waktu maghrib Malaysia.
adoiiyaaiiiii
Nasibla Haji Karim kedai kain tuh bagi tau.

Ben Thanh market at night

so, untuk tidak membuang masa, kami pun pegi la makan kat Serai.
hargaboleh tahan la..tapi kat sini boleh makan Pho halal.
apa tuh? gugel la..
lagipun, Put belanja makan sempena birthday aku dan anniversary Tini.
wah! akak birthday dinner kat obersi kau...
ahhahahah...
owner SERAI HCM

so overall, hari pertama dah shopping la. best gak sampai awal2 neh.
apa yang bole beli?
Kain cotton, baju kurung pahang kain cotton, satin-cotton, viscose cotton, telekung lycra, baju2 moden, baju kanak2, macam2 lagi.
tinggal harga apa ko dapat, apa yang ko tawar.

contohnya, kat Pasar Malam, baju kurung murah RM5 dari dalam kedai.
tapi tengok jugakla design dan kualiti sulaman, beads bagai.

secara general, akak lagi suka corak sulaman dan beads kat kedai Hajah Basiroh dr Kedai Haji Karim dan Rohani atau even kat butik Hong Anh.
tapi kat kedai Rohani banyak saiz available dan kain ela cotton 4m bidang 45.
Kat kedai Haji Karim plak cuma ada kain cotton 3.5m bidang 60.

memang trip neh akak tak sempat le nak ke tunnel, mekong bagai.
mmg nak riki2 HCM je kaedahnya.
insyaallah, nak berniaga sikit2.

oklah,....day 2 sambung nanti ye.
akak dah ngantuk haaaa.....



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...