Setiap hari ahad, oya ada kelas tusyen kat masjid bangsar. Kelas 2 jam 10.30 till 12.30 and kadang2 oya extend pegi 3 jam sebab dia suka layan budak2 kecik dlm kelas 12.30.
Kenapa.jauh.no? Sebab tempat aku kat sunway dan subang nun ttakde. Tapi takpelah. Janna duduk jauh kat nottingham pun.bole datang gak.
kelas neh cikgu mim yang buat. Khas untuk CP dan beberapa pengecualian untuk beberapa murid lain.Memang terbaik cikgu neh. Dahlah lemah lembut, pandai mengajar lak tuh. Untung si pakcik zainol.
Ajk masjid neh memang supportive kat aktiviti2 kelas cp neh. Parking OKU je ada dua dah. Last time buat aktiviti ajk siap datang wooo.
Selain itu, semasa kanak2 lain bercuti, setiap hari.isnin oya ada terapi dan swimming kat sekolah dia, spastic selangor. 9.30 - 12 noon. Aku soh abang dia teman. Bergaji u ols. Yela..bagi insentif sikit.
Gambar GIF tuh diambik hari neh. Dri parking ke kelas ambil masa 15 minit sebab dia nak jugak pakai selipar tih. Redha je la. Dia boleh berjalan pun aku dah bahagia.
Checklist untuk bulan disember:
1. Jumpa doctor untuk surat pengesahan yang oya boleh ikut horse riding next year kat sekolah.
2. Repair laptop oya. Januari nak guna kat kelas tusyen.
Now that i have 3 hours to spare today while.waiting for oya,nak gi cuci keta la. Isi minyak ron97 nak test power tak power. Pastuh sbung membaca.
Bangsar village kat sebelah neh memang amat menggoda.tapi abaikan.
Laaaaa....ko baca abis ke entry neh? Aku pun main tulis je..hehehhe