Thursday, January 24, 2008

My comment to Forum@ Utusan today.

Pada mula Kisah Adi Putra di war-warkan, saya terfikir, ke manakah hala tuju Adi Putra selepas ini? Secara logiknya, beliau akan mengikuti sistem pembelajaran yang sedia ada. Tetapi, mampukah beliau bertahan manakala tahap pemikiran beliau sudah melangkaui lkebijaksanaan kanak-kanak sekolah biasa. Sebagai contoh, lihat di sekeliling kita yang mana terdapat segelintir kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun pintar walaupun tidak setara dengan Adi Putra, yang enggan ke sekolah tadika kerana bosan. Ibu Bapa kanak2 sebegini memang bangga kerana mendapat anak-anak yang pintar tetapi adalah satu tugas besar untuk memupuk minat belajar mereka supaya sentiasa segar. Ibu Bapa kanak-kanak sebegini sentiasa aktif untuk mencari bahan-bahan baru agar kanak-kanak pintar ini tidak bosan.
Saya amat bersetuju sekiranya Adi Putra diberi perhatian yang wajar untuk memupuk kebolehan yang ada pada beliau dan seterusnya dengan harapan melahirkan seorang "genius" dalam dunia melayu Islam. Bagilah peluang kepada beliau untuk mendapat ruang mengaplikasikan kepintaran dan kebolehannya. Saya percaya, jika tidak mendapat peluang dan ruang yang cukup, bakat beliau dan minat beliau untuk belajar mungkin akan pudar jika semua pihak berdolak-dalih dan menunjukkan minat yang "Semusim" sahaja. Mungkin ada di antara kita yang bertanya bagaimana dengan matapelajaran / subjek yang lain? Persoalan, mahukah kita menunggu untuk mendapat calon "genius" yang pintar dalam semua perkara? Jika betul ada " ramai lagi insan termasuk kaum lain yang cemerlang dalam pelbagai aspek", mengapa mereka tidak maju kehadapan dan memberitahu pihak yang boleh memberikan bantuan dalam hal2 sedemikian yang mana langkah ini boleh membantu kerajaan untuk mewujudkan generasi bijak pandai di dalam bidang masing-masing? Ada kemungkinan Ibu Bapa segelintir bijak pandai ini mampu untuk menghantar anak mereka ke luar negara tapi sementelah itu, marilah kita sama-sama memberi dorongan kepada Adi Putra untuk meneruskan cita-cita beliau di bawah kepimpinan pihak yang berkelayakan untuk memupuk kebolehan beliau di samping memberi bimbingan untuk Adi Putra belajar mengenai Quranik, Ijtihadik dan Ensaiklopedik di tahap yang sepatutnya.
Saya amat percaya kepada pemikiran positif dan saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan yang positif kepada keluarga Adi Putra dan Adi Putra agar kita dapat melahirkan generasi Ulul Albab yang di impi-impikan selama ini.
My personal message: jangan pedulikan hasad dengki orang lain. This is already survival of the fittest!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...