Tuesday, December 11, 2007

Dengan lafaz Bismillah




Dengan lafaz Bismillah ditemani doa semoga Allah SWT merahmati rezeki kali ini, aku dan suamiku memulakan bisnes kecik2 jadi re-seller kerepek. Nawaitu aku cuma satu, bukanlah utk menjadik kaya raya, aku nak membantu meringankan beban suami, mencari rezeki utk anak2 dan sekaligus membantu diri aku sendiri.

Alhamdulillah, dgn bantuan seorg kawan. kitaorg pegi ke Banting and jumpa pengusaha dan pembekal kerepek. Kenapa aku memilih kerepek? sebab soalan pertama yg suami aku bagi: apa benda yg aku minat? aku ske makan kepek, aku ske accessories, and a few selected interests. so, sebab tuh aku start ngan kepek. So far so good. sambutan dari rakan2 opis mmg best!!! hari2 ku bwk dlm berbelas peket insyaallah klu tak abis, tingal sepeket dua.
dah dua kali aku re-stock. nih utk raya pun dah ada requests. next, maybe Pearl and crystal plax. slow2 kayuh.

lagipun, kepek nih kudap2an yg cepat abis dan cepat org re-stock. macam aku. i know my opismates well haha. aku start tempel2 flyers kat apartment aku. tgk la camana plak. laki aku plak, kat opis dia, takleh nk full blown sgt coz dah ada pioneer jual kepek. so aku suggest, instead of jual kat opis and kacau biz org tuh, biar dia cover bahagian site plak. fair & square. lainla klunbudak2 team dia request then, itu dah down pada rezeki. wlupun org kata "best kerepek wins", aku tetap x bagi laki aku kcu biz akak tuh. sama2 tolong melayu maaaaaaaaaaaa. biar akak tuh conquer bhgn opis. ada gak budak2 opis order ngan laki aku. tapi aku x heran sebab kepek nih mmg best.

aku bukanla nk angkat bakul sendiri kan tapi sebagai pemakan kerepek legendary (haha), aku tau kerepek tuh sedap ke idok dgn tgk dan sekali rasa. org kata, gifted!! kuiuikui. kalau la aku ada rumah dan space sendiri yg luas, mau aku buat sendiri kepek2 neh. penat sket but klu supplier aku leh berjaya, knp aku takleh. takpe, insyaallah, one fine day. klu dah sampai tahap tuh, maybe aku kena resign le. nak berjaya kena full time. tap skang, beli lagi kot.

so, hari2 aku skang di bauri dgn kerepek. bawang; jejari ubi, pisang, sambal ubi, keledek, ubi pedas basah, kering, lembap..semua ada. Suhana kata kepek aku murah sebab bnyk. Yelah, niat aku bukan nk kaya. apa salahnya aku bg lebih. yg penting volume dan returning customer ramai. eh...dh kul 3. aku nk start packing lagi.

sapa2 nk order, sila la....hehe.

1 comment:

Anonymous said...

gud luck sis! terliur sy tinguk keropok bawang ko oh.. sy peminat setia keropok bawang dgn ubi pedas. tp jauh la pulak.... sy bel cni tesco. all d best sis SKY!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...